Aku tak ingat bila
aku mula minat fotografi ni. Selama yang aku ingat, memang aku suka tangkap
gambar, terutama sekali kalau ada acara keramaian. Sekarang ni kalau seminggu
tak ambil gambar rasa tak mandi sebulan begitulah secara ringkas betapa
minatnya aku.
Orang putih kata “A
picture worth a thousand words” … sekeping gambar itu bernilai seribu perkataan.
Bagi aku, setiap gambar itu adalah satu rekod untuk menceritakan kejadian lama.
Namun gambar juga ada fungsi kesenian dimana ia memberi perasaan tertentu
(seronok, sedih..) bila melihatnya. Setiap gambar tu macam wayang, ada cerita
dan ada cara penyampaiannya. Kalau ada cerita tapi tak cantik, tak seronok juga nak tengok,
tapi kalau gambar cantik tapi tak ada cerita pun tak seronok juga.
Semasa kecil dulu,
keluarga kami bukannya ada kamera. Lagi pun dulu kamera ni macam benda mewah,
dan kami bukan dari keluarga kaya. Bukan macam sekarang, kebanyakan orang ada
kamera, walau setakat kamera handphone sekali pun.
Berbalik kepada
cerita dulu dulu, inilah antara gambar terawal yang aku ada:
Gambar dari kamera
jiran semasa banjir besar di Kelantan dulu.. tak pasti tahun berapa tapi
rasanya di penghujung tahun 70-an atau awal 80-an. Mungkin tahun 1980. Masa
tu banjir budak budak fikir seronok je main air siap ada pelampung lagi tu.
Orang tua pun turut main air juga, siap ada yang buat rakit lagi. Kalau
difikirkan macam taman tema air pula.
Ini pula gambar masa
darjah 4 jadi pengakap dulu pergi camping di Kem Kijang, Kelantan. Gambar cikgu
kami yang ambil, tak ingat pula kamera apa dia guna.
Namun dulu aku bukan
minat pun fotografi ni, memang satu sebab tak ada duit nak beli kamera, bagi aku ambil gambar ni hanya untuk rekod semata-mata, cantik tak cantik
tak penting. Begitulah yang aku fikir masa beli kamera pertama masa belajar di
Jepun dulu. Ramai member beli kamera SLR tapi aku fikir, buat apa la beli
kamera mahal mahal, yang murah pun boleh ambil gambar. Jadi aku beli kamera
yang paling murah di kedai eletrik, siap dapat diskaun sebab tu display unit. Dalam pilihan aku dulu, tak fikir jenama pun, yang aku pillih ialah Olympus ni:
|
Kamera pertama ku ... Olympus |
(Yang menariknya,
selepas lebih 10 tahun kemudian, sekarang, aku memilih kembali jenama Olympus
ni, selepas menggunakan beberapa jenis kamera lain.)
Bila dah ada kamera
sendiri, mulalah aku ambil macam-macam gambar. Antara yang menarik ialah masa
pergi jalan-jalan di Kobe pada tahun 1995 selepas tragedi gempa bumi dulu. Di
situ kami bergambar di belakang runtuhan bangunan yang ditinggal.
|
Kobe 1995, Olympus compact |
Dalam banyak ambil
gambar mula lah aku belajar mencuba beberapa setting kamera tu berdasarkan buku
panduan kamera tu. Lepas tu mula tak puas hati sebab tak dapat gambar yang
seperti keadan sebenar. Pernah sekali ada dinner, pakai cantik-cantik warna
warni, ambil gambar guna kamera kompak, bila dapat gambar lepas hantar kedai
cuci, warnanya langsung tak cantik, sungguh kecewa. Lepas tu mula lah aku baca buku-buku
fotografi, baru aku faham makna shutter speed, aperture, ISO dan macam macam
teknik fotografi dan bezanya kamera kompak dan SLR. Jadi aku beli lah satu SLR
pertama iaitu Canon EOS kiss. Gambar kameranya tak ada, tapi aku masih simpan iklannya:
|
SLR pertama, Canon EOS kiss |
Tapi tak tahu sebab
apa aku jual canon tu, mungkin tak puas hati dengan prestasi kamera tu, ataupun
sebab kamera tu macam kamera perempuan, aku jual kamera tu tak sampai setahun,
dan beli SLR Nikon F90X, yang mana aku pakai bertahun-tahun selepas itu.
|
SLR kedua , Nikon F90X. |
Banyak
kenangan bersama kamera tu, serata tempat ke gunung dan rimba, ke bandar dan kampung, ada beribu keping juga gambar aku ambil walaupun
guna filem. Antaranya yang menarik…
|
Gambar AB masa kecil (with Nikon F90X) |
|
Di atas gunung Kinabalu 1999 ( with Nikon F90X) |
Tapi setelah lama
pakai timbul rasa bosan dengan fotografi ni sebab banyak juga duit guna nak cuci gambar. Di tambah pula saiz kamera besar terasa menjadi beban pula, jadi aku masih lagi sekali
sekala pakai Kamera kompak Olympus lama sampai akhirnya rosak, aku beli pula kamera kompak
ricoh (second hand) yang sempat juga guna beberapa tahun sehingga member aku campak masuk
laut cina selatan.
Era Digital
Kemudian, selepas
tahun 2000 datang pula era digital. Mulanya kamera kompak, gambar macam bukan
gambar, tapi lama kelamaan semakin baik dan selepas tu muncullah DSLR.
Masa tu aku agaknya
dah tak minat sangat kamera besar-besar ni. Susah nak bawak. Jadi aku beli kamera
digital pertama sebuah kompak Sony DSC-S60. Bila mula guna digital camera
semuanya mudah. Boleh ambil gambar banyak banyak, tak perlu risau habis filem.
Kalau gambar tak jadi, delete sahaja, yang perlu saja cuci kedai simpan dalam
album. Betapa mudahnya ada digital kamera, sehingga kamera filem SLR tu
tersimpan saja dalam almari tak diguna lagi. Walaupun gambar kompak digital
kamera tu tak secantik SLR filem, tu tapi kemudahannya mengatasi segalanya.
Kalau nak buat mencuba sesuatu baru pun senang.
|
Gambar bersama keluarga di Titiwangsa (Kamera Sony S60) |
Bila muncul DSLR, aku
tertarik juga mahu membeli bila melihat betapa jelasnya gambar DSLR berbanding gambar
kamera kompak aku tu. Tapi aku mungkin teringat pengalaman menggunakan SLR
dulu, betapa tak suka bawa kamera besar ke sana-sini, akhirnya aku banyak bawa
kamera kompak saja.
Pernah aku terfikir… dalam era digital ni tak ada
ka syarikat mahu buang cermin dalam DSLR tu, bagi kecil sikit kamera tu?? Senang aku nak bawak!… akhirnya,
beberapa tahun lepas, aku ternampak iklan Olympus Pen EPL-1 di TV. Mulanya aku
tak perasan, tapi akhirnya aku sedar bahawa itulah kamera yang aku idamkan
selama ini. Kini aku memilikinya. Walaupun banyak kelemahanya namun aku menerimanya seadanya. Kini dah lebih kurang 2 tahun dan lebih 20,000 keping gambar dah sekali kena repair.. aku masih kagum dengannya. Di bawah ini gambar terbaru beberapa hari lepas di dewan seri pinang..
|
Persian Cultural dance, (with Oly Pen EPL-1 + M.zuiko 45mm/1.8) |