Mengambil gambar permandangan di pagi hari terutama sekali semasa matahari terbit adalah menarik kerana waktu itulah dapat melihat warna langit tidak dapat dilihat pada waktu yang lain. Setiap pagi permandangannya berbeza bergantung kepada keadaan cuaca masa tu, mendung, cerah, hujan atau berjerebu. Ditambah pula bentuk awan pun berbeza-beza menghasilkan gambar yang diambil waktu pagi sungguh unik.
Cuma aku malas nak bangun pagi pergi ambil gambar. Jadi bukan selalu ambil gambar waktu pagi. Pada hujung minggu lepas terasa nak ambil gambar pulak, jadi kami pun pi la ambil gambar antaranya dimasukkan dalam post ini.
Umumnya nak ambil gambar permandangan ni kena guna ISO yang
rendah (untuk kurangkan noise), aperture yang kecil (F number yang tinggi,
supaya gambar lebih tajam secara keseluruhan jarak), dimana kedua perkara ini
melambatkan shutter speed, jadi kenalah pakai tripod yang tegap supaya gambar
tak blur. Contohnya gambar diatas diambil dengan ISO100, F11, shutter = 3.2s.
Lens pula menggunakan kit lens pada 14mm.
Gambar diambil dalam bentuk RAW memudahkan untuk diedit baru convert
jadi JPEG.
Dalam dunia hari ini banyak software untuk edit gambar;
photoshop , photomatix , lightroom dan lain-lain lagi. Kalau nak yang tak haram
kena beli lah. Tapi, ada juga free software, contohnya software yang kamera
maker bagi, seperti Olympus Viewer2 (OV2) boleh juga diguna untuk edit gambar,
walaupun tak sehebat software yang lain.
Aku malas nak mengedit gambar, selalunya aku cuma aku tingkatkan contrast,
saturation dan sharpness supaya gambar tu nampak cantik sikit ( mengikut selera
mata aku lah). Seperti gambar ini:
Yang menarik OV2 ni, ia ada art filter seperti dalam kamera contoh seperti dibawah -Gambar mendung yang
diambil pada tahun lepas, asalnya gambar nampak flat, tapi setelah ditambah
“dramatic tone” art filter jadi nampak lebih dramatik.
Selain daripada itu, macam-macam teknik lagi boleh buat
untuk menambah keunikan gambar, contohnya gambar silhouette seperti ini.
Aku taklah banyak pengalaman shooting pagi-pagi, banyak lagi teknik yang belum cuba/ pelajari, mungkin suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment