Tuesday, 23 October 2012

Photo-Hike

Ada orang buat "photo walk", ada pula buat "street photography" iaitu jalan-jalan untuk mengambil gambar. Bagi aku pula selalu buat "Photo-hike" iaitu satu aktiviti 3 tujuan (3 dalam 1) iaitu beriadah, bersantai bersama famili dan juga mengambil gambar. 2 lokasi yang selalu pergi ialah bukit Bendera dan bukit Jambul. Berikut adalah beberapa foto yang aku ambik selama ini.

Bersama Adama





Kelantan 3 - ATM 2

Disamping mengambil gambar famili, alam sekitar juga boleh jadi sasaran lensa EPL1 aku
Spider di bukit Jambul

Periuk Kera di bukit Jambul

Lampu tanpa mentol di Bkt Jambul

Gambar permandangan juga, kalau kena masanya agak menarik untuk diabadikan sebagai jpeg file.

Dari Bukit Jambul

Dari bukit bendera ni 
Dari bukit bendera (hentian 3) mengunakan telefoto lens 150 mm (=300mm utk filem) 

Kadang-kadang, kebetulan ada ramai orang naik bukit, boleh jadi subjek dalam foto.
Ada budak sekolah di BJ

Renesas Di Bukit Bendera, ada orang jatuh.

Kesimpulanya selain bersantai bersama keluarga & beriadah melancarkan pengaliran darah, banyak juga foto-foto yang dapat diambil. Oleh sebab aktiviti ini memerlukan tenaga, selalunya aku bawa  satu jenis lensa sahaja setiap kali supaya lebih ringan (sebab kadang kadang kena dukung Adama), kecuali masa tertentu seperti dalam gambar terakhir di atas, yang mana masa tu ialah acara daki bukit ke puncak bersama warga kilang Renesas. So aku bawa 2 lens, satu kit lens (untuk kegunaan umum) dan satu potrait lens untuk keadaan khas. Di sinilah letaknya kelebihan kamera mirrorless, ia agak kecil dan mudah dibawa kemana-mana, walaupun dengan membawa 2 lens.

No comments:

Post a Comment