Thursday, 22 November 2012

Foto di atas Penang Bridge

Ini adalah jambatan Pulau Pinang, "landmark" bagi negeri Pulau Mutiara ini.
Beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu orang, termasuk aku sendiri telah mengambil gambar jambatan terpanjang di Malaysia ini. Aku dah ambil gambar dari atas bukit (seperti diatas), dari bawah, kiri dan kanan, di waktu pagi, petang, siang dan malam. Juga pernah dari atas kereta di atas jambatan. Tapi, satu je belum ambil, betul-betul dari atas jambatan, Berdiri ditengah jambatan dan ambil gambar. Lebih 10 tahun aku tinggal di Penang tak pernah dapa berbuat demikian, sehinggalah pada 18 Nov yang lalu, bila acara Penang Bridge Marathon diadakan. Maka tercapailah cita-cita aku. Dan dapat lah gambar ini, betul betul ditengah jambatan, pada lebih kurang 5 pagi. Lagi gambar di sini (dalam picasa web album)



Pada permulaan perjalanan aku pun tak pasti aku akan sampai atau tidak, atau adakah akan dapat tangkap gambar yang menarik kerana mengambil gambar dalam cahaya malap bukannya satu kelebihan kelebihan Oly EPL1, kerana fokus yang lambat dan noise yang tinggi. Tambahan pula aku tak punya external flash dan tripod pun lupa bawak, risau punya pasal. Cuma harapan aku adalah lense prime 45mm F1.8 yang aku harap dapat memberi sedikit kelebihan, yang mana memang banyak membantu dimana aku tak pakai flash pun gambar-gambar yang terang dapat diperolehi. Walaubagaimanapun, aku punya tujuan utama ialah mengambil gambar pegun orang sedang berlari, jadi untuk mencapai kelajuan shutter speed sekurang-kurang nya 1/60s, semua gambar diambil menggunakan ISO2500 - 3200 (maksima untuk kamera ini), jadi banyaklah noisenya.
Bermula perjalanan pukul 4 pagi di coaster road sebelum masuk jambatan sudah pun ada pelari nak sampai.
Cahaya terlalu kurang, noise agak tinggi, so bagi hitam putih, nampak cantik sikit.


Sini nak masuk jambatan, banyak sikit lampu.
Bila masuk jambatan barulah nampak ramai orang dalam perjalanan turun.dan ramia petugas marathon dan juga kamera man.

Kamera man 
Lagi Kameraman


Ada juga siput babi 

Ada toilet juga

Lagi cameraman

Minuman disediakan
Akhirnya sampai di tengah jambatan. (+art filter light tone)
Beginilah suasana di tengah jambatan, banyak sampah


Cheer leaders

Pemberi sedikit semangat
Ada juga manusia menjadi zombi
Aku ingat nak terus jalan sampai hujung, tapi dah tak larat dan dah lewat, jadi aku pun berbalik lah.

Satunya gambar menggunakan kit lens 14-45mm, untuk ambil gambar lebih wide
Satu pengalaman yang menarik, cita cita 10 tahun menjadi kenyataan. Kalau berpeluang aku ingin pergi lagi ambil gambar untuk dapat shot yang tak dapat pagi tu, antaranya shot menggunakan ISO rendah, long shutter speed, kena bawak tripod lah. Kena ada stamina lebih. dan lain lain kelemahan pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment