Wednesday, 23 January 2013

Di Penang Dragon Boat Race 2012



  Perlumbaan ni berlangsung lebih sebulan yang lalu pada 9 Dis 2012, tetapi baru post hari ni. Mungkin sebab ada kejadian tak diingini ketika itu - lebih kurang sejam selepas foto ni diambil, dalam pukul satu petang, ada seorang petugas mat saleh terjun ke dalam Dam dan tak timbul timbul. Masa tu aku dah balik, dengarnya perlumbaan telah dihentikan untuk mencari mangsa tersebut. Namun pencarian tak berhasil pada hari itu dan beberapa hari seterusnya. Hanya hari ke empat baru mayatnya ditemui oleh penyelam.


  Apa-pun aku telah mengambil banyak foto semasa sejam berada di situ. Sebenarnya telah lama aku nak tengok dragon boat race di Teluk Bahang, ini lah kali pertama aku ke situ. 
Kedudukan bot perlumbaan

   Dam agak besar, tempat ambil gambar pun jauh, walaupun menggunakan lens paling besar yang aku ada (40-150mm) bot perlumbaan kelihatan kecil. Jadi terpaksa aku crop gambar supaya nampak besar.
Bot sedang berlumba

Adapun gambar di sudut lain, tempat persediaan dapat lihat lebih jelas kerana lebih dekat dengan daratan.


Bagus jadi tukang gendang


Matahari terik dengan sedikit awan

Mujur masa tu hari cerah, cahaya melimpah ruah jadi shutter speed tak perlu risau walaupun aperture kecil.
Dalam sejam banyak gambar lagi telah diambil, ada di sini.

No comments:

Post a Comment