Perlumbaan ni berlangsung lebih sebulan yang lalu pada 9 Dis 2012, tetapi baru post hari ni. Mungkin sebab ada kejadian tak diingini ketika itu - lebih kurang sejam selepas foto ni diambil, dalam pukul satu petang, ada seorang petugas mat saleh terjun ke dalam Dam dan tak timbul timbul. Masa tu aku dah balik, dengarnya perlumbaan telah dihentikan untuk mencari mangsa tersebut. Namun pencarian tak berhasil pada hari itu dan beberapa hari seterusnya. Hanya hari ke empat baru mayatnya ditemui oleh penyelam.
