Monday, 7 September 2015

RRC ECO RIDE 20150905


Sehingga kini, masih terasa lagi kesakitan di punggung akibat menunggang basikal berpelana keras seperti kayu selama 3 jam pada Sabtu lalu. Aktiviti menunggang basikal dianjurkan oleh kelab rekreasi syarikat, RRC, di sertai oleh lebih kurang 50 orang peserta, bertempat di Balik Pulau.






Semasa sekolah dan universiti dulu, basikal adalah pengangkutan utama aku, tapi sudah lebih 15 tahun tak menunggang basikal, motor atau sebarang kenderaan beroda kurang dari 4 , mulanya rasa gementar juga. Pada mulanya sedikit kekok, tapi sekejap sahaja sudah menjadi biasa. Aktiviti ini telah menyingkap memori lalu zaman sekolah di mana aku akan  ke mana sahaja mengayuh basikal -- ke kelas, ke kedai, ke bandar, ke pasar, ke pusat rekreasi dan lain lain.
Kenangan berbasikal 1994 diatas jambatan sungai Asahi, Okayama... 21 tahun lalu berbasikal adalah sebagai pengangkutan.


Kini, 2015 ... berbasikal untuk rekreasi semata-mata.

Basikal tu disewa dari Audi Homestay & Bicyle Country Tour di Kampung Terang Balik Pulau. Walaupun dengan seat yang keras dan rantai yang longgar, dengan basikal inilah aku melalui jalan-jalan sekitar menikmati permandangan tempat-tempat baru yang aku tak pernah lalui, walaupun sudah lebih 15tahun di Pulau Pinang ini.

Banyak sawah terbentang luas


Tak tahu apa nama tempat ni


Hutan Paya Laut

Ketam disangka plastik di Hutan Paya laut

Lagi spesis ketam di Hutan Paya Laut
Pantai di Pulau Betong. Nak sampai ni kena naik bukit "sikit". Sikit-sikit pun aku terpaksa tolak basikal, tak larat dah.
Aktiviti kalini agak memenatkan dan menyakitkan punggung, tapi menyeronokkan kerana...
1-dapat naik basikal, menyingkap memori lalu
2-menerokai tempat baru di Pulau Pinang
3-Ambil banyak gambar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment