Saturday, 30 May 2015

KERACUT 2015-05-30





Hari ni hiking lagi di Taman Negara Pulau Pinang. Kali ni bersama members yang jarang dan tak pernah ikut hiking iaitu Adama, Kem, dan Sakri. Jadi tidak pergi jauh sangat, sampai Pantai Keracut sahaja.
Perjalanan seperti biasa bermula dengan pendaftaran dan ber group selfie depan papan tanda.


Perjalanan bermula lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai dipantai keracut pada pukul 10.30pagi, jarak lebih kurang 2.5km. Berikut adalah beberapa koleksi gambar sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Selain ahli hiking, pengalaman kali ini adalah lebih kurang sama seperti sebelum ini (hutan, pelancong dan lain-lain) kecuali beberapa perkara:
1.Di pusat pemuliharaan penyu hari ni ada 3 ekor penyu besar dalam tangki.
2.Terjumpa bekas pekerja kilang kami dulu.


Sedikit halangan (pokok tumbang tengah jalan)

Atas jambatan gantung tasik meromiktik

Selfie depan pusat konservasi penyu

Kem beraksi dengan EPL3 menangkap gambar anak penyu

Mak penyu dan bapak penyu dalam tangki

Terjumpa member lama hiking bersama famili


Apapun, perjalanan ini dapat mengeluarkan peluh dan snap banyak foto lagi. Pengalaman baru bagi Adama dan Kem.

No comments:

Post a Comment