|
1 KM yang mencabar |
Kelmarin, aku telah ke Bukit Batu Hitam yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Ini adalah kali ke 6 atau ke 7 aku
hiking di Taman Negara Pulau Pinang, tapi ini kali pertama ke Bukit Batu Hitam. Sebelum ini Mukahead, Teluk Duyung, Pantai Keracut dan Teluk Kampi telah kami sampai. Namun, destinasi kali ini agak mencabar berbanding yang sebelum ini. Tambahan pula, kali terakhir
hiking 3 bulan lepas, dan mungkin faktor usia telah memberi lebih cabaran kali ini.
Perjalanan kali ini bertemankan saudara Asrul yang kaki hiking, semenjak tahun lepas, bila dia mula berlatih untuk naik Gunung Kinabalu. Bermula pada jam 9 pagi dari pintu masuk taman negara, kami masuk dengan penuh semangat, tanpa mengetahui apa yang akan kami tempuhi.
Pada awal perjalanan, kami melalui jalan biasa, ada ramai pendaki lain yang datang berkumpulan memenuhi jalan-jalan ini.
|
Simpang ke Bukit Batu Hitam |
Cabaran bermula bila kami memasuki simpang ke Bukit Batu Hitam yang ditandai dengan papan tanda ini. Cabaran yang paling utama ialah laluan ini berbukit bukau yang agak cerun. Ditambah pula jalan ini mungkin jarang dilalui, terdapat banyak halangan seperti pokok tumbang, daun-daun liar menutupi jalan, serta sawang labah-labah di tengah-tengah jalan yang agak banyak aku terlanggar. Lantai jalan dipenuhi berlapis-lapis daun-daun luruh yang lembap oleh hujan semalam, yang mana kami beberapa kali tergelincir akibat licin. Aku juga kurang mengambil gambar di tempat ini kerana sukar memegang kamera sambil memegang tali untuk memanjat. Pengalaman yang agak menakutkan juga kerana tak nampak seorang pun pendaki lain selain kami disepanjang jalan ini.
Namun kami tempuhi juga kerana telah sampai di tengah hutan.
|
Jalan-jalan curam |
|
Jalan curam dan licin dengan daun kering. Dari jauh tak nampak macam jalan kerana dipenuhi pokok renek. |
|
Pokok Tumbang di tumbuhi kulat |
|
Lagi pokok tumbang menghalang jalan |
Di tengah perjalanan ....
|
Ada tempat perkemahan di tengah hutan. Namun tak ada orang kelihatan disini. |
|
Permandangan dari satu tempat di dalam perjalanan menuju ke puncak |
Akhirnya kira-kira jam 12 tengah hari, 3 jam selepas bertolak, kami sampai ke puncak. Tak ada apa-apa yang menarik sana, cuma ada tandas, tempat perkemahan dan sebuah pondok untuk memasak yang dilengkapi sinki. Dan ada juga meja makan, dimana kami makan tengah hari disitu. Pada masa sampai tiada orang di situ, tapi tak lama, semasa kami menikmati juadah yang kami bawa dalam beg galas, seorang pak cik tiba di situ. Dia banyak bercerita, tentang hiking di sana sini. Dia turun tak lama selepas itu kerana kena balik awal.
|
Ini lah puncak nya |
|
Makan tengah hari ... nasi lemak & roti kacang merah. |
|
Pakcik ini hiking seorang diri. |
Selepas sejam berehat, kami pun turun melalui jalan pantai teluk kampi dan pantai keracut, untuk mengelak 50% jalan penuh halangan semasa datang tadi dan mengikuti jalan yang biasa manusia lain lalui. Dan seperti biasa, ada beberapa pelancong dan pendaki lain di jalan-jalan ini.
|
Simpang ke Teluk Kampi, 1 km dari situ. |
|
Pelancong dalam hutan |
|
Lagi pelancong |
Kata-kata akhir untuk perjalanan kali ini
Pengalaman yang menarik, pergi ke tempat yang tak pernah sampai. Banyak dapat tangkap foto permandangan baru, namun banyak terlepas kerana takut jatuh tergolek. Banyak cabaran. Nak datang lagi ke Bukit Batu Hitam?... mungkin tidak... sekurang-kurangnya untuk masa yang terdekat.
No comments:
Post a Comment