Showing posts with label Bukit Batu Hitam. Show all posts
Showing posts with label Bukit Batu Hitam. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

MENDAKI BUKIT BATU HITAM

1 KM yang mencabar
Kelmarin, aku telah ke Bukit Batu Hitam yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Ini adalah kali ke 6 atau ke 7 aku hiking di Taman Negara Pulau Pinang, tapi ini kali pertama ke Bukit Batu Hitam. Sebelum ini Mukahead, Teluk Duyung, Pantai Keracut dan Teluk Kampi telah kami sampai. Namun, destinasi kali ini agak mencabar berbanding yang sebelum ini. Tambahan pula, kali terakhir hiking 3 bulan lepas, dan mungkin faktor usia telah memberi lebih cabaran kali ini.