Monday, 7 September 2015

RRC ECO RIDE 20150905


Sehingga kini, masih terasa lagi kesakitan di punggung akibat menunggang basikal berpelana keras seperti kayu selama 3 jam pada Sabtu lalu. Aktiviti menunggang basikal dianjurkan oleh kelab rekreasi syarikat, RRC, di sertai oleh lebih kurang 50 orang peserta, bertempat di Balik Pulau.



Sunday, 26 April 2015

MENDAKI BUKIT BATU HITAM

1 KM yang mencabar
Kelmarin, aku telah ke Bukit Batu Hitam yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Ini adalah kali ke 6 atau ke 7 aku hiking di Taman Negara Pulau Pinang, tapi ini kali pertama ke Bukit Batu Hitam. Sebelum ini Mukahead, Teluk Duyung, Pantai Keracut dan Teluk Kampi telah kami sampai. Namun, destinasi kali ini agak mencabar berbanding yang sebelum ini. Tambahan pula, kali terakhir hiking 3 bulan lepas, dan mungkin faktor usia telah memberi lebih cabaran kali ini.


Sunday, 12 April 2015

OLYMPUS OMD EM5 MK2 ... Touch and Try Session

OMD EM5 MK2 with 40-150mm f2.8 pro lens

Last Saturday (11/4/2015) Olympus Malaysia held another touch and try session for their new OMD digicam ... the EM5 MkII. I've joined to quite a few of this kind of session before, which they introduced their latest model, give demos on the new functions and let us tried the camera. But this time they given more chance to use the camera using some pro lenses, such as above. Also this time there was free lens and camera cleaning by their cleaning specialists from KL.


Saturday, 16 February 2013

Psy in Penang

Psy performing Gangnam Style in Penang
The Gangnam Style isn't really my favorite song and Psy isn't my favorite singer. And yet that day I waited almost 1 hour under the scorching sun in the field of Han Chiang high school, hot and sweaty surrounded big crowd of people with the same purpose ; to see he perform Gangnam style in 4 minutes.
It was the second day of CNY last Monday, BN organized CNY open house and they had invited Psy to perform that day. There was a lot of political story came along with the show, but I'm not writing anything about that here. There is plenty of other website and blogs talking about it, but not here. Just recording my experience.

Monday, 28 January 2013

Yosakoi in Penang 2013


Yosakoi in Penang. First time happening in Penang, already being promoted in FB, flyers, banners since months ago. I never heard of it before even though I used to stay in Japan long time ago. I guess maybe it's a festival in some part of Japan. I wasn't really looking forward for this, but there I was at Padang kota on 19 Jan 2013 night time. Parking was hard to find, because of so many people, but I finally got it near little India.

Wednesday, 23 January 2013

Di Penang Dragon Boat Race 2012



  Perlumbaan ni berlangsung lebih sebulan yang lalu pada 9 Dis 2012, tetapi baru post hari ni. Mungkin sebab ada kejadian tak diingini ketika itu - lebih kurang sejam selepas foto ni diambil, dalam pukul satu petang, ada seorang petugas mat saleh terjun ke dalam Dam dan tak timbul timbul. Masa tu aku dah balik, dengarnya perlumbaan telah dihentikan untuk mencari mangsa tersebut. Namun pencarian tak berhasil pada hari itu dan beberapa hari seterusnya. Hanya hari ke empat baru mayatnya ditemui oleh penyelam.

Thursday, 22 November 2012

Foto di atas Penang Bridge

Ini adalah jambatan Pulau Pinang, "landmark" bagi negeri Pulau Mutiara ini.
Beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu orang, termasuk aku sendiri telah mengambil gambar jambatan terpanjang di Malaysia ini. Aku dah ambil gambar dari atas bukit (seperti diatas), dari bawah, kiri dan kanan, di waktu pagi, petang, siang dan malam. Juga pernah dari atas kereta di atas jambatan. Tapi, satu je belum ambil, betul-betul dari atas jambatan, Berdiri ditengah jambatan dan ambil gambar. Lebih 10 tahun aku tinggal di Penang tak pernah dapa berbuat demikian, sehinggalah pada 18 Nov yang lalu, bila acara Penang Bridge Marathon diadakan. Maka tercapailah cita-cita aku. Dan dapat lah gambar ini, betul betul ditengah jambatan, pada lebih kurang 5 pagi. Lagi gambar di sini (dalam picasa web album)

Tuesday, 23 October 2012

Photo-Hike

Ada orang buat "photo walk", ada pula buat "street photography" iaitu jalan-jalan untuk mengambil gambar. Bagi aku pula selalu buat "Photo-hike" iaitu satu aktiviti 3 tujuan (3 dalam 1) iaitu beriadah, bersantai bersama famili dan juga mengambil gambar. 2 lokasi yang selalu pergi ialah bukit Bendera dan bukit Jambul. Berikut adalah beberapa foto yang aku ambik selama ini.

Bersama Adama


Tuesday, 18 September 2012

Pen and me


In my 1st entry I wrote about my old cameras and my old photos and how I ended up with my Olympus E-PL1. I’ve been using it for more than 2 & ½ years now this is some of the story…
My Pen

Thursday, 13 September 2012

Wan & Kamera


Aku tak ingat bila aku mula minat fotografi ni. Selama yang aku ingat, memang aku suka tangkap gambar, terutama sekali kalau ada acara keramaian. Sekarang ni kalau seminggu tak ambil gambar rasa tak mandi sebulan begitulah secara ringkas betapa minatnya aku.
Orang putih kata “A picture worth a thousand words” … sekeping gambar itu bernilai seribu perkataan. Bagi aku, setiap gambar itu adalah satu rekod untuk menceritakan kejadian lama. Namun gambar juga ada fungsi kesenian dimana ia memberi perasaan tertentu (seronok, sedih..) bila melihatnya. Setiap gambar tu macam wayang, ada cerita dan ada cara penyampaiannya. Kalau ada cerita tapi tak cantik, tak seronok juga nak tengok, tapi kalau gambar cantik tapi tak ada cerita pun tak seronok juga.

Semasa kecil dulu, keluarga kami bukannya ada kamera. Lagi pun dulu kamera ni macam benda mewah, dan kami bukan dari keluarga kaya. Bukan macam sekarang, kebanyakan orang ada kamera, walau setakat kamera handphone sekali pun.
Berbalik kepada cerita dulu dulu, inilah antara gambar terawal yang aku ada:


Gambar dari kamera jiran semasa banjir besar di Kelantan dulu.. tak pasti tahun berapa tapi rasanya di penghujung tahun 70-an atau awal 80-an. Mungkin tahun 1980. Masa tu banjir budak budak fikir seronok je main air siap ada pelampung lagi tu. Orang tua pun turut main air juga, siap ada yang buat rakit lagi. Kalau difikirkan macam taman tema air pula.

Ini pula gambar masa darjah 4 jadi pengakap dulu pergi camping di Kem Kijang, Kelantan. Gambar cikgu kami yang ambil, tak ingat pula kamera apa dia guna.
Namun dulu aku bukan minat pun fotografi ni, memang satu sebab tak ada duit nak beli kamera, bagi aku ambil gambar ni hanya untuk rekod semata-mata, cantik tak cantik tak penting. Begitulah yang aku fikir masa beli kamera pertama masa belajar di Jepun dulu. Ramai member beli kamera SLR tapi aku fikir, buat apa la beli kamera mahal mahal, yang murah pun boleh ambil gambar. Jadi aku beli kamera yang paling murah di kedai eletrik, siap dapat diskaun sebab tu display unit. Dalam pilihan aku dulu, tak fikir jenama pun, yang aku pillih ialah Olympus ni:
Kamera pertama ku ... Olympus

(Yang menariknya, selepas lebih 10 tahun kemudian, sekarang, aku memilih kembali jenama Olympus ni, selepas menggunakan beberapa jenis kamera lain.)

Bila dah ada kamera sendiri, mulalah aku ambil macam-macam gambar. Antara yang menarik ialah masa pergi jalan-jalan di Kobe pada tahun 1995 selepas tragedi gempa bumi dulu. Di situ kami bergambar di belakang runtuhan bangunan yang ditinggal.
Kobe 1995, Olympus compact


Dalam banyak ambil gambar mula lah aku belajar mencuba beberapa setting kamera tu berdasarkan buku panduan kamera tu. Lepas tu mula tak puas hati sebab tak dapat gambar yang seperti keadan sebenar. Pernah sekali ada dinner, pakai cantik-cantik warna warni, ambil gambar guna kamera kompak, bila dapat gambar lepas hantar kedai cuci, warnanya langsung tak cantik, sungguh kecewa. Lepas tu mula lah aku baca buku-buku fotografi, baru aku faham makna shutter speed, aperture, ISO dan macam macam teknik fotografi dan bezanya kamera kompak dan SLR. Jadi aku beli lah satu SLR pertama iaitu Canon EOS kiss. Gambar kameranya tak ada, tapi aku masih simpan iklannya:
SLR pertama, Canon EOS kiss


Tapi tak tahu sebab apa aku jual canon tu, mungkin tak puas hati dengan prestasi kamera tu, ataupun sebab kamera tu macam kamera perempuan, aku jual kamera tu tak sampai setahun, dan beli SLR Nikon F90X, yang mana aku pakai bertahun-tahun selepas itu. 

SLR kedua , Nikon F90X.


Banyak kenangan bersama kamera tu, serata tempat ke gunung dan rimba, ke bandar dan kampung,  ada beribu keping juga gambar aku ambil walaupun guna filem. Antaranya yang menarik…

Gambar AB masa kecil (with Nikon F90X)

Di atas gunung Kinabalu 1999 ( with Nikon F90X)


Tapi setelah lama pakai timbul rasa bosan dengan fotografi ni sebab banyak juga duit guna nak cuci gambar. Di tambah pula saiz kamera besar terasa menjadi beban pula, jadi aku masih lagi sekali sekala pakai Kamera kompak Olympus lama sampai akhirnya rosak, aku beli pula kamera kompak ricoh (second hand) yang sempat juga guna beberapa tahun sehingga member aku campak masuk laut cina selatan.

Era Digital 
Kemudian, selepas tahun 2000 datang pula era digital. Mulanya kamera kompak, gambar macam bukan gambar, tapi lama kelamaan semakin baik dan selepas tu muncullah DSLR.
Masa tu aku agaknya dah tak minat sangat kamera besar-besar ni. Susah nak bawak. Jadi aku beli kamera digital pertama sebuah kompak Sony DSC-S60. Bila mula guna digital camera semuanya mudah. Boleh ambil gambar banyak banyak, tak perlu risau habis filem. Kalau gambar tak jadi, delete sahaja, yang perlu saja cuci kedai simpan dalam album. Betapa mudahnya ada digital kamera, sehingga kamera filem SLR tu tersimpan saja dalam almari tak diguna lagi. Walaupun gambar kompak digital kamera tu tak secantik SLR filem, tu tapi kemudahannya mengatasi segalanya. Kalau nak buat mencuba sesuatu baru pun senang.
Gambar bersama keluarga di Titiwangsa (Kamera Sony S60)

Bila muncul DSLR, aku tertarik juga mahu membeli bila melihat betapa jelasnya gambar DSLR berbanding gambar kamera kompak aku tu. Tapi aku mungkin teringat pengalaman menggunakan SLR dulu, betapa tak suka bawa kamera besar ke sana-sini, akhirnya aku banyak bawa kamera kompak saja. 
Pernah aku terfikir…  dalam era digital ni tak ada ka syarikat mahu buang cermin dalam DSLR tu, bagi kecil sikit kamera tu?? Senang aku nak bawak!… akhirnya, beberapa tahun lepas, aku ternampak iklan Olympus Pen EPL-1 di TV. Mulanya aku tak perasan, tapi akhirnya aku sedar bahawa itulah kamera yang aku idamkan selama ini. Kini aku memilikinya. Walaupun banyak kelemahanya namun aku menerimanya seadanya. Kini dah lebih kurang 2 tahun dan lebih 20,000 keping gambar dah sekali kena repair.. aku masih kagum dengannya. Di bawah ini gambar terbaru beberapa hari lepas di dewan seri pinang..
Persian Cultural dance, (with Oly Pen EPL-1 + M.zuiko 45mm/1.8)